Semakin Ramai Percaya Jenama Chery: Chery Letak Sasaran Jualan Global 1.15 Juta

WorldCars
24 Apr 2025 • 6:45 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Syarikat pengeluar automotif China, Chery Holding Group, meletakkan sasaran jualan global sebanyak 1.15 juta unit dan tekad untuk menembusi pasaran di 160 negara, tidak lama lagi.

Sasaran yang diletakkan itu dilihat berasas memandangkan Chery ketika ini, sudah pun menembusi lebih 120 negara. Maka, jumlah itu akan meningkat kepada 160 negara dalam tempoh terdekat ini.

Presiden Chery International, Zhang Guibing, berkata, pada tahun lepas, Chery mencatatkan jualan eksport sebanyak 1.15 juta unit berbanding 466,000 unit pada 2022.

"Dengan pelancaran pelbagai model baharu serta perancangan masa depan yang agresif, kami yakin jumlah jualan akan terus kekal melebihi satu juta unit," katanya.

image is not availableimage is not available

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran model baharu di bawah Kumpulan Chery sempena Pameran Industri Automotif Antarabangsa Shanghai.

Tambah beliau, pasaran Eropah dilihat menunjukkan pertumbuhan memberangsangkan kerana semakin ramai pelanggan mula mempercayai jenama Chery serta sub-jenamanya.

"Lagipun, Chery kini menawarkan pelbagai sistem enjin termasuk teknologi plug-in hybrid (PHEV) dan enjin pembakaran dalaman generasi baharu yang lebih cekap dan mesra alam.

"Kami percaya kelebihan dalam teknologi membolehkan Chery menjadi jenama automotif nombor satu dunia pada masa depan," katanya.