Semalam Allahyarham begitu ceria – Mokhzani

28 Sep 2026 • 9:50 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Semalam Allahyarham begitu ceria – Mokhzani

PUTRAJAYA – Tan Sri Mokhzani Mahathir memberitahu bahawa ibunya, Allahyarham Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali bersikap ceria semasa berada di Institut Jantung Negara (IJN) semalam.

Beliau berkata, bagaimanapun pagi tadi mereka sekeluarga terkejut dengan keadaan yang berlaku sehingga Allahyarham disahkan meninggal dunia.

“Memang kami terkejut pagi tadi kerana semalam Allahyarham di IJN begitu ceria mesra, tetapi pagi tadi, perbezaan yang besar dan malangnya tidak dapat dipulihkan dan beliau telah meninggal,” katanya kepada media di Pusara Negara, Presint 20 di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang hadir pada Istiadat Pengebumian ibunya selain kepada agensi kerajaan yang terlibat.

“Alhamdulillah semua pengebumian selesai dengan selamat. Terima kasih semua orang yang dapat datang ke sini. Saya nak ucapkan terima kasih pegawai tentera, PDRM dan Putrajaya di sini untuk memastikan pengebumian berjalan lancar tanpa masalah.

“Selain beri peluang keluarga, sahabat, kawan-kawan untuk datang ziarah dari pagi di IJN, rumah dan masjid. Semua berjalan lancar.

“Terima kasih semua badan kerajaan yang telah menolong memastikan semuanya berjalan lancar. Kerajaan telah luluskan agensi yang tolong kami hari ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Semalam Allahyarham begitu ceria – Mokhzani appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved