“Semalam Tak Boleh Tidur, Terima Kasih Banyak Banyak” – Doktor Gigi Bantu Pesakit Pekak & Bisu, Tulis Panjang Lebar Atas Kertas Untuk Komunikasi

LocalEntertainment
20 Dec 2024 • 10:25 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seorang doktor gigi di sebuah klinik swasta di Terengganu itu menceritakan pengalamannya ketika merawat salah seorang pesakit baru-baru ini yang datang ‘walk in’ untuk mendapatkan perkhidmatan mencabut gigi.

Menerusi temu bual bersamanya, Dr Tengku Hazirah menceritakan kisah menyentuh hati di mana dia berkongsi pengalaman pertama merawat pesakit berstatus kelainan upaya tanpa menggunakan bahasa isyarat.

Pesakit tu datang nak cabut gigi sebab sakit. Pada mulanya dia guna bahasa isyarat di kaunter tapi staf tak faham.

image is not available

Menyantuni pesakit istimewa itu, staf dan doktor mengambil inisiatif untuk menulis di atas kertas agar dapat berkomunikasi dengannya dan dia pula membalas dengan menaip ayat di telefon bimbitnya.

Apabila tiba giliran pesakit itu, Tengku Hazirah juga menggunakan pen dan kerta untuk menerangkan keadaan gigi dan prosedur yang perlu dilakukan.

“Saya Dr Hazira. Boleh saya tahu sakit belah mana? Saya check dulu keadaan gigi. Saya nak ketuk gigi nanti kalau ada sakit angkat tangan,” tulisnya di kertas.

image is not available

image is not available

Dia kemudian menerangkan tentang jangkitan di giginya dan pesakit tersebut mengangguk tanda setuju untuk meneruskan prosedur mencabut gigi.

image is not available

image is not available

Selepas 10 ke 15 minit, gigi pesakit terbabit berjaya dicabut keluar dan dia sangat terharu serta berterima kasih kepada doktor berkenaan kerana bersungguh untuk membantu sehingga sanggup menulis panjang ketika memberi penerangan.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 8 months ago

"Kita Kena Jadi Tuan Rumah Yang Bagus.." - Pelancong China Riuh Dalam ETS, Pak Nil Dipuji Pandai Kawal Situasi