Semangat Olimpik, Rakyat Sabah Tonton Badminton Di Luar Kedai Elektronik Raih Pujian Netizen

4 Aug 2024 • 11:45 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Demam Olimpik melanda Sabah, perlawanan badminton ditonton beramai-ramai di pusat beli belah

Semangat Olimpik, Rakyat Sabah Tonton Badminton Di Luar Kedai Elektronik Raih Pujian Netizen. Satu hantaran yang menjadi viral di media sosial menunjukkan orang ramai di Sabah berkumpul untuk menonton perlawanan badminton di skrin paparan di hadapan sebuah kedai elektronik. Ini adalah sebagai tanda sokongan rakyat Malaysia terhadap Sukan Olimpik Paris 2024.

Menerusi perkongsian di aplikasi TikTok menunjukkan ramai rakyat Sabah menonton perlawanan separuh akhir antara Lee Zii Jia dan pemain Thailand, Kunlavut Vitidsarn, semalam.

image is not available
Semangat Olimpik, Rakyat Sabah Tonton Badminton Di Luar Kedai Elektronik Raih Pujian Netizen

Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata netizen memuji semangat rakyat Sabah yang menyokong Lee Zi Jia walaupun berada di pusat membeli-belah.

Buakn itu sahaja, ada juga yang berseloroh bahawa isteri mereka sedang melihat barang di Guardian atau Watson, manakala suami pula menonton perlawanan badminton.

Bahkan, segelintir netizen turut berterima kasih kepada pemilik kedai kerana memahami keinginan rakyat Malaysia untuk menonton Olimpik pada musim ini.

Bagaimanapun, harapan Malaysia untuk menyaksikan Lee Zii Jia mengintai slot ke final Sukan Olimpik Paris 2024 tidak kesampaian selepas perseorangan lelaki negara itu tewas straight set kepada pemain Thailand, Kunlavut Vitidsarn di separuh akhir, semalam.