Semangat rakyat Palestin masih kuat, mustahil untuk dipindahkan

28 Jan 2025 • 8:10 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Laporan muka hadapan Sinar Harian pada Selasa. Gambar kecil: Muhammad Nadir Al-Nuri

SHAH ALAM - Semangat rakyat Palestin untuk mempertahankan tanah air mereka masih kuat dan mustahil untuk dipindahkan keluar.

Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman sehubungan itu berpendapat, cadangan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump untuk memindahkan rakyat Palestin di Gaza ke negara jiran tidak akan berhasil dan hanyalah kata-kata kosong.

Beliau berkata, ketika ini pun apabila sempadan dan laluan dibuka, rejim Israel tidak berjaya menghalang penduduk Gaza untuk kembali ke rumah masing-masing di sebelah utara.

“Kenyataan itu menunjukkan kononnya mereka masih mempunyai pengaruh tetapi terbukti apa yang berlaku di bumi Palestin ketika ini bahawa sepanjang 15 bulan berada dalam peperangan, mereka gagal mengeluarkan penduduk Palestin di bumi Gaza.

“Jadi, mustahil untuk mereka mahu memaksa rakyat Palestin keluar dan duduk di negara lain. Idea Trump itu hanya kata-kata kosong yang tidak akan jadi kenyataan,” ujarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved