“Semangat Saya Berkobar, Sebagai Mangsa Akhirnya Suara Didengari” – Shu Harap Kes Ditumbuk Hafidz Roshdi Diadili Dengan Baik

6 Feb 2024 • 12:43 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Nurul Shuhada Mat Shukri atau Shu hari ini tiba di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu bagi sebutan kes dicederakan bekas suaminya, Hafidz Roshdi.

 

Harap kes diadili dengan baik

Ketika ditemui, Shu berkata dia datang dengan semangat dan harapan agar perbicaraan kes itu hari ini diadili dengan baiknya oleh mahkamah.

Hari ini saya datang dengan semangat dan harapan. Insya-Allah. Saya harap dapat diadili dengan sebaiknya oleh mahkamah. Saya tidak perjuangkan apa-apa, selain hak diri dan juga anak-anak.

image is not available

 

Harap beri semangat kepada wanita lain

Ditemani adiknya, Nurul Sofia yang juga merupakan saksi kes tersebut, Shu mani tersenyum dan positif selain berharap agar apa yang berlaku ini memberikan semangat kepada wanita lain yang ditindas sepertinya.

Semangat saya berkobar-kobar kerana sebagai mangsa, akhirnya (suara) didengari. Saya berharap dapat beri semangat pada wanita lain yang ditindas.

image is not available

Terdahulu, aktor tersebut dituduh mencederakan Nurul Shuhada pada 13 Mac tahun lalu dengan menumbuk pipi kiri wanita itu sebanyak tiga kali di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya.

image is not available 6 days ago

"Umar, Humairah, Kita Ada Tiga Orang Je.." - Pesanan Shuhada Buat Anak-Anak Bikin Netizen Sebak