Semat semangat juang pahlawan, cinta pada negara: PM

31 Jul 2022 • 11:14 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob(gambar) hari ini mengajak Keluarga Malaysia untuk menyemat semangat juang pahlawan dan cinta kepada negara sempena sambutan Hari Pahlawan tahun ini.

Menerusi catatan di laman Facebook, beliau mengingatkan rakyat negara ini tentang perjuangan dan pengorbanan yang dicurahkan barisan pahlawan dalam mempertahankan kedaulatan tanah air.

“Tanggal 31 Julai, negara kita menyambut Hari Pahlawan bagi memperingati perajurit negara dan mengenang jasa semua pasukan keselamatan tidak kira tentera atau polis sebelum dan selepas Malaysia merdeka.

“Perjuangan mereka begitu besar sehingga sanggup mengorbankan nyawa ke titisan darah terakhir bagi tanah air yang tercinta. Selamat menyambut Hari Pahlawan 2022,” katanya.-Bernama