Sembilan aksi tanpa kemenangan, masihkah ada harapan buat Manchester United?

Football
3 Nov 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

Sembilan aksi tanpa kemenangan, masihkah ada harapan buat Manchester United?

Manchester United dan kemenangan nampaknya masih bertemu jalan musim ini. Sembilan perlawanan tanpa kemenangan di semua kejohanan menyaksikan The Red Devils terus bergelut mencari rentak, sedangkan penyokong masih menanti kebangkitan pasukan kesayangan mereka.

Selepas 9 aksi di Liga Perdana Inggeris, United hanya mengumpul 7 mata hasil satu kemenangan, 4 seri dan 4 kekalahan meletakkan mereka kini di tangga ke 17, hampir di dalam zon relegasi! Pastinya, ia bukanlah sesuatu yang dibayangkan penyokong mereka, apatah lagi bagi kelab yang pernah menjadi kuasa besar bola sepak England.

Kekalahan kepada Bournemouth dan Chelsea dalam dua aksi liga terkahir pula menambah lagi tekanan buat Michael Carrick. Entah apa yang sedang berlaku dalam persekitaran pasukan sehingga gagal untuk menterjemahkan aksi kepada kemenangan.

 

 

 

Namun, ia masih bukan pengakhiran buat Manchester United. Musim masih panjang dan peluang untuk memperbaiki kedudukan tetap ada, namun mereka harus segera melakukan sesuatu. Ketika ini, bukan hanya kesebelasan utama sahaja yang harus berubah, sebaliknya Carrtick harus memastikan pemain kembali menunjukkan keyakinan, disiplin dan keserasian di atas padang yang semakin lama semakin pudar.

 

 

 

Kerana harus diingat, masa depan Michael Carrick turut menjadi tanda tanya apabila Eddie Howe mula dikaitkan dengan kerusi panas di Old Trafford. Dengan pertemuan menentang Roma dan Aston Villa sebelum rehat antarabangsa menjadi penentu nasib pengendali berusia 45 tahun itu.

Persoalannya, adakah Carrick masih sempat untuk menyelamatkan kedudukannya, atau United bakal sekali lagi terpaksa mencari penyelesaian melalui pertukaran pengurus?

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved