Sembilan Aktivis Malaysia Dalam Misi Freedom Flotilla Selamat Tiba Di Istanbul

10 Oct 2025 • 8:55 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Sembilan aktivis Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan Thousand Madleens to Gaza (TMTG) dilaporkan selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul pada petang Jumaat.

Menurut Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan, kesemua aktivis berkenaan tiba menaiki pesawat Turkish Airlines (TK6921) sekitar jam 2.30 petang waktu Turkiye (7.30 malam waktu Malaysia).

image is not available

“Mereka akan menerima rawatan sebelum pulang ke Malaysia bersama-sama lapan lagi aktivis Malaysia yang terdiri daripada pakar perubatan, ahli akademik dan wartawan Astro AWANI, Syafik Shukri Abdul Jalil,” menurut kenyataan itu.

Kementerian Luar turut merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Turkiye serta semua pihak yang terlibat dalam memastikan kepulangan aktivis Malaysia berjalan lancar.

Dalam masa sama, kementerian itu menegaskan bahawa keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia sentiasa menjadi keutamaan utama dalam misi membawa mereka pulang. – AWANI

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2025-10-10 18:20:56

RMK13 Intipati Utama : SARA Diteruskan, PTPTN Percuma & Bonus Penjawat Awam