Sembilan Bulan Kenal, Wanita Dedah Zayn Malik Ajak Buat Hubungan Intim Bertiga

EntertainmentMusic
9 Feb 2024 • 11:48 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang wanita membuat pendedahan dengan mendakwa penyanyi Zayn Malik mengajaknya untuk melakukan hubungan seks tiga serangkai (threesome) sebanyak empat puluh kali.

Dia yang dikenali Sam Fisher, 33, berkata, mereka sudah berkenalan selama sembilan bulan di sebuah aplikasi ‘dating’.

“Saya bertemu dengan Zayn Malik dan kami sudah menjalinkan hubungan selama sembilan bulan bersama.
“Selepas itu, dia hantar mesej kepada saya di Instagram sebelum berjumpa secara tertutup (privasi),”ceritanya.

Wanita itu mendedahkan perkara tersebut dalam beberapa buah video yang dimuat naik di platform TikTok, baru-baru ini.

image is not available

Malah, dia juga berkongsi beberapa tangkapan layar perbualannya bersama Zayn Malik termasuk gambar bekas ahli kumpulan One Direction yang tidak pernah dikongsikan di media sosial.

image is not available

image is not available

Dia juga turut memaklumkan Zayn mula mengajaknya untuk melakukan hubungan seks secara bertiga sebaik sahaja mendapat tahu wanita tersebut belum pernah menjalinkan hubungan sesama sejenis.

“Sejak dia tahu hubungan terakhir saya dengan perempuan, dia ajak saya melakukan hubungan bertiga. Dia ajak saya sebanyak 40 kali,”katanya.

Pun begitu, dia menarik diri daripada melakukan hubungan seks bertiga sehingga membuatkan Zayn Malik marah.

image is not available

Setakat ini, masih belum dipastikan mengenai kesahihan perkongsian wanita tersebut dan pihak Zayn belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung dakwaan tersebut.

Pun begitu, ramai dalam kalangan warganet menyatakan mereka tidak percaya, selain wanita tersebut hanyalah berhalusinasi kerana mencintai Zayn Malik.

Sumber: TikTok samfisher98