Sembilan kawasan rekod bacaan IPU tidak sihat

1 Oct 2023 • 8:55 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Sembilan kawasan di Semenanjung merekodkan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) kategori tidak sihat iaitu melebihi 101 hingga 200 setakat 4 petang ini.

Menurut laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Larkin di Johor mencatatkan bacaan IPU paling tinggi iaitu 155.

Turut merekodkan bacaan IPU melebihi 150 ialah Nilai di Negeri Sembilan serta Bukit Rambai di Melaka dengan bacaan masing-masing pada tahap 152, manakala Port Dickson di Negeri Sembilan pula merekodkan bacaan pada tahap 151.

Bacaan IPU kategori tidak sihat juga dilaporkan di kawasan Cheras di ibu kota pada tahap 144, Batu Pahat di Johor (133), Seberang Jaya di Pulau Pinang (130), Banting di Selangor (122) dan Bandaraya Melaka di Melaka (121). - Bernama