Sembilan kompaun dikeluarkan ke atas peniaga pasar malam atas pelbagai kesalahan

9 Jun 2023 • 10:43 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

Oleh Amirul Fazli

KAJANG, 9 JUN: Sembilan kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) kepada peniaga pasar malam Bandar Sungai Long atas pelbagai kesalahan dalam operasi 6 Jun lalu.

Dalam operasi itu 115 peniaga diperiksa dan kompaun itu dikeluarkan di bawah Undang-undang Kecil Penjaja 3.

MPKj menerusi Facebook memaklumkan sebahagian besar peniaga masih belum memperbaharui lesen penjaja dan mereka diarahkan berbuat demikian di kaunter bergerak yang disediakan.

image is not available
Penguat kuasa MPKj menjalankan pemeriksaan ke atas penjaja pasar malam Bandar Sungai Long, Kajang dalam operasi pada 6 Jun 2023. Foto Facebook MPKj

“Terdapat juga peniaga tiada permit sah berniaga di pasar malam dan penyelaras diminta berurusan dengan Jabatan Pelesenan dan Penjaja bagi peniaga yang masih belum mempunyai lesen dengan kadar segera,” katanya.

Dalam operasi itu MPKj turut menasihatkan peniaga untuk sentiasa menjaga kebersihan serta memakai pelitup muka dan menutup bahagian kepala ketika mengendalikan makanan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved