Sembilan motosikal musnah terbakar di parkir flat

18 Aug 2022 • 4:58 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

GEORGE TOWN, 18 OGOS: Sembilan motosikal yang diletakkan di kawasan parkir sebuah flat di Jalan Kurau, Jelutong di sini musnah dalam kebakaran awal pagi ini.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak Fauzian Izzuan Abdullah berkata pihak bomba bergegas ke lokasi kebakaran selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.26 pagi, dan mendapati kebakaran telah dipadamkan orang ramai.

“Kami terus menjalankan pemeriksaan rapi bagi memastikan tiada bara api atau punca api yang boleh mengakibatkan kebakaran berlaku semula,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata pemeriksaan mendapati sembilan motosikal hangus manakala sebuah kereta jenis Toyota Vios turut terbakar kira-kira lima peratus, yakni di bahagian hadapannya, namun tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

Katanya punca kejadian masih dalam siasatan.

— BERNAMA

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved