Sembilan Pelajar Di Kemaman Direman Kes Pukul

LocalPolitics
16 Jun 2025 • 6:59 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

CHUKAI, 16 Jun (Bernama) — Sebanyak sembilan pelajar di sebuah sekolah menengah di sini yang dipercayai terbabit dalam kes pukul seorang pelajar lelaki bulan lepas direman selama tiga hari bermula pada hari ini hingga Rabu.

Polis Daerah Kemaman Supt Mohd Razi Rosli berkata perintah reman itu dikeluarkan Hakim Wan Suhaila Mohd bagi membolehkan siasatan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan dijalankan.

Beliau berkata pelajar berumur antara 15 hingga 18 tahun itu ditahan kira-kira 1.30 tengah hari semalam selepas pihaknya menerima laporan polis daripada mangsa yang berusia 14 tahun.

“Kejadian itu dikatakan berlaku apabila seorang daripada suspek tidak berpuas hati kerana mangsa masih menyimpan gambar bekas kekasihnya yang juga kekasih suspek.

“Mangsa mendakwa dia dipukul beberapa pelajar pada 27 dan 28 Mei sehingga menyebabkannya mengalami kecederaan di kepala dan belakang badan,” katanya ketika dihubungi.

Sumber: BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved