‘Semenanjung Can’t Relate’, Harga Sotong Di Sabah Ini Jadi Tumpuan Netizen

23 Mar 2023 • 12:22 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Harga sotong segar di Sabah memang jauh beza dengan di Semenanjung

‘Semenanjung Can’t Relate’, Harga Sotong Di Sabah Ini Jadi Tumpuan Netizen. Semenanjung can’t relate! Itulah perkataan yang sering kali digunakan oleh rakyat Semenanjung itu sendiri apabila Sabah berbicara mengenai harga barang yang dijual di sana.

Contohnya, baru-baru ini tular di laman Twitter, harga sotong segar di Sabah menjadi tumpuan netizen.

image is not available
Sumber: Twitter Zachry Jamaluddin

Harga sotong yang paling murah di Sabah adalah RM3 sahaja, biar betul?

Menurut warga tempatan di Sabah, harga sotong di sana sangatlah murah berbanding dengan harga di Semenanjung. Bagi penduduk di Sabah, harga sotong yang murah itu adalah perkara biasa dan boleh didapati dengan mudah di pasar-pasar tempatan.

Namun, bagi penduduk di Semenanjung, harga sotong yang murah di Sabah itu memang sukar untuk difahami. Ramai netizen di Semenanjung terkejut apabila melihat gambar-gambar harga sotong di Sabah yang dikongsi di media sosial.

image is not available
Sumber: Twitter Zachry Jamaluddin

Boleh dapatkan lebih murah kalau singgah pasar KK pada awal pagi

Harga sotong segar di Sabah hanya bawah RM10 per kilogram lagi-lagi jika ianya diambil segar dari laut manakala di Semenanjung, harga sotong segar mampu mencapai RM30 hingga RM40 per kilogram.

Menerusi perkongsian milik Zachry Jamaluddin di Twitter, dia menyatakan bahawa dirinya tidak percaya apabila melihat harga sotong ialah RM8 per kilogram.

Belum habis terkejut dengan harga RM8, netizen Sabah jelas bahawa harga sotong boleh didapati pada harga serendah RM3 jika singgah ke pasar pada waktu awal pagi.

image is not available
‘Semenanjung Can’t Relate’, Harga Sotong Di Sabah Ini Jadi Tumpuan Netizen

image is not available
Sumber: Twitter Zachry Jamaluddin

Jadi gengg, tu la bestnya kalau korang pergi bercuti kat Sabah ni Korang boleh dapatkan harga seafood kat sini murmur berbanding di semenanjung.

Kalau korang nak tahu tempat apa jugak yang best di Sabah ni, boleh lihat pautan di bawah: