Sementara Menunggu Siasatan, Sarjan Mejar Tampar Orang Awam Ditukar Ke Unit Lain

14 Jan 2024 • 2:54 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang sarjan mejar polis yang didakwa tampar lelaki di tempat awam baru-baru ini sudah dipindahkan ke unit lain, lapor Harian Metro (HM).

Sarjan mejar tukar unit lain

Memetik HM, sarjan mejar berkenaan yang tular dengan melakukan kekerasan terhadap individu berkenaan ditukar ke unit lain yang tidak memerlukan anggota mereka berurusan dengan orang awam.

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, anggota berkenana yang bertugas di balai polis Sri Gading ditukar ke unit lain dalam Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat.

Jelasnya, ia adalah sebagai langkah sementara yang diambil oleh pihak polis sebelum dikenakan tindakan sewajarnya.

“Tindakan sewajarnya akan dikenakan jika siasatan membuktikan pembabitannya dalam kes itu,”katanya ketika dihubungi New Straits Times, semalam.

image is not available

Tegasnya, tindakan undang-undang akan diambil terhadap pihak berkaitan tanpa kompromi.

Dalam pada itu, beliau turut menggesa saksi kejadian untuk tampil membantu siasatan.

Sebelum ini, media melaporkan seorang individu dipercayai berpangkat Sarjan Mejar tampar orang awam sehingga mangsa dilihat menahan kesakitan berikutan dikasari dengan sembilan tamparan dan menarik rambut dalam keadaan mangsa sedang duduk

Kejadian dilihat seperti berada di dalam restoran apabila terdapat meja makan dan juga kerusi lain berhampiran rakaman berkenaan dibuat.

image is not available

Susulan daripada penularan video yang berdurasi 33 saat itu, pihak polis telah mengambil tindakan dengan mengesan individu terbabit yang dimaklumkan berpangkat sarjan mejar.

Pihak polis akan menyiasat dengan terperinci berkenaan kejadian tersebut memandangkan ada memetik nama pegawai polis dan jawatannya.

Sumber: Harian Metro (Jassmine Shadiqe)