Sementara tunggu pesanan masuk, rider ambil peluang baca al-Quran atas motosikal

LocalOpinion
30 Dec 2024 • 11:00 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
rider ambil peluang baca

Seorang rider ambil peluang baca al-Quran atas motosikal sementara menunggu pesanan masuk bagi memulakan penghantaran kepada pelanggan.

Menerusi perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai syazwanishak3, dia telah memuat naik video seorang rider yang sempat membaca al-Quran di atas motosikal dengan beg penghantaran masih berada di bahagian belakang kenderaan tersebut.

@bukandekwan97

Terbaik abg grab kita ni.. dalam mencari rezeki xlupa kepada allah#fyp

♬ Musik Sedih - Nopa Sobarna

Rider ambil peluang baca al-Quran ketika waktu senggang

Dia dilihat tekun membaca al-Quran terjemahan tersebut sebelum disapa pengguna TikTok yang memuji apa yang sedang dilakukan ketika itu.

image is not available

Rider ambil peluang baca al-Quran, tersenyum ketika disapa

Difahamkan, rider tersebut sedang berada di kawasan meletak motosikal di sebuah stesen minyak sewaktu membaca kitab suci berkenaan sebelum tersenyum selepas ditegur.

image is not available

Amalan yang baik, semoga istiqomah

Perkongsian yang dibuat oleh syazwanishak3 telah mendapat respon yang pelbagai daripada netizen di media sosial apabila rata-rata memberikan komen positif.

Kebanyakkan mereka mendoakan agar rezeki rider berkenaan dipermudah lebih-lebih lagi apabila dia tetap mencari waktu untuk beribadah walaupun sedang sibuk mencari rezeki halal.

image is not available

Semoga dipermudahkan urusan bang!

image is not available

Keberkatan itu lebih baik dalam mencari rezeki

image is not available

Satu dalam seribu orang macam ni

image is not available

Semoga kita semua dapat melakukan perkara sama dan tidak melupakan kewajiban sebagai seorang hamba kepadaNya dalam apa keadaan sekalipun.

Sumber: TikTok syazwanishak3,