Seminar Taiwan AI Mempamer aplikasi Pintar dari Taiwan

LocalTechnology
25 Jun 2025 • 10:58 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Sabah Publishing House Sdn Bhd

Kuala Lumpur: Seiring dengan perkembangan global AI, Taiwan Expo 2025 di Malaysia memperkenalkan "Zon Inovasi AI" pertama kalinya dan menganjurkan Seminar Teknologi & Aplikasi AI Taiwan pada hari kedua (24 Jun). Seminar ini menampilkan 11 syarikat AI terkemuka dari Taiwan, menonjolkan aplikasi canggih bagi Industri 4.0 serta kehidupan pintar harian.

Sesi pertama bertema “Industri 4.0 dan Automasi & Pengurusan Berasaskan AI”. CloudMile memperkenalkan penyelesaian transformasi AI semua-dalam-satu untuk perniagaan, diikuti dengan pembentangan tentang RPA pintar untuk sektor pembuatan dari IsCoolLab, teknologi kulit keselamatan Mechavision, sistem AIoT industri Netiotek dan pemantauan rangkaian masa nyata N-Partner.

Tema Sesi kedua adalah "Aplikasi AI Inovatif," di mana para pembentang menonjolkan pelbagai penyelesaian yang integrasi teknologi AI ke dalam kehidupan harian dan penjagaan kesihatan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Teknologi yang ditampilkan termasuk sistem penjejakan peribadi (AIRA), pengecaman pengimejan terma (New Smart Technology), robot interaktif (NUWA), pemantau kadar jantung berkuasa AI (Ostar), platform e-tandatangan (Think Cloud) dan penyelesaian pengesanan jatuh tanpa hubungan (Yun-X Tek).

Tahun ini menandakan edisi ke-8 Taiwan Expo di Malaysia. Menyedari permintaan penyelesaian AI yang kukuh, penganjur mengkategorikan 32 pempamer AI kepada bidang teknologi dan aplikasi dengan panduan Peta Industri AI.

Panduan ini membantu pembeli mengenal pasti dan berhubung dengan syarikat berkaitan dengan cekap, mempertingkatkan usaha padanan perniagaan dan interaksi dalam ekspo.

Pelancaran produk lain termasuk kelestarian hijau, kesihatan & kesejahteraan, gaya hidup lohas dan penyelesaian digital. Lebih daripada 50 buah syarikat Taiwan akan berkongsi produk terbaru mereka.

Pengunjung boleh menikmati sesi sampel produk dan pengalaman langsung sepanjang pameran. Pengunjung turut berpeluang memenangi tiket penerbangan dua hala Kuala Lumpur–Taipei yang ditaja oleh China Airlines, Eva Air dan Starlux Airlines. Banyak kejutan menarik menanti anda!

Taiwan Expo 2025 akan berlangsung dari 23 hingga 25 Jun di Dewan 4 dan 5 KLCC, dari jam 10 pagi hingga 6 petang setiap hari.

Masuk adalah percuma, hanya perlu mendaftar.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web rasmi: https://mys.taiwanexpoasean.com/en/index.html

atau laman Facebook: https://www.facebook.com/TaiwanExpo.mys/