“Seminggu Dua Tiga Kali” – Intan Najuwa Aktif Berkuda Sejak Kahwin, Sudah Ada 5 Ekor Kuda

29 Feb 2024 • 11:15 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
intan najuwa kuda

Pelakon kecil molek, Datin Intan Najuwa mengakui mengenali sukan berkuda selepas berkahwin dengan suaminya, Datuk Ahmad Azraf Azman.

Pasangan ini menjadikan sunnah Rasulullah SAW itu sebagai salah satu aktiviti merapatkan hubungan suami isteri.

Mula berkuda selepas kahwin

image is not available

Sebelum ini, suami Intan Najuwa mencuri tumpuan apabila membuat kejutan kepada isterinya menyewa dua trak dipenuhi kuda di sebuah lokasi tepi pantai di New Zealand.

Pada awalnya sebagai hobi, tetapi lama-kelamaan menjadi minat dan dapat luangkan masa bersama suami.

Aktiviti ini juga bagus untuk kesihatan mental dan hubungan suami isteri termasuk merapatkan kami, bangun pagi, pergi sarapan kemudian lakukan sukan kuda ini bersama.

Dalam masa seminggu, pelakon ini akan meluangkan masa antara dua ke tiga kali berkuda untuk mengeluarkan peluh dan menghargai hadiah daripada suami.

Setakat ini, Intan sudah ada lima ekor kuda dan semua ada pasport sendiri. Memang lepas kahwin baru pelakon ini belajar sukan kuda kerana sebelum kahwin dia hanya sibuk bekerja dan belajar.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.