“Seminggu Kahwin Terus Kena…”- Ubai MZ Jawab Dakwaan Bercerai Dengan Shila Amzah

LocalEntertainment
6 Jul 2026 • 1:49 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Pempengaruh dan usahawan, Ubai MZ mengimbau kembali detik paling sukar yang pernah dilaluinya apabila menjadi mangsa fitnah hanya seminggu selepas mendirikan rumah tangga bersama penyanyi Shila Amzah.

Menurut Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd. Zulkefli, 28, dia dan isteri pernah menjadi mangsa artikel palsu yang menggunakan gambar mereka sebagai umpan klik (clickbait) dengan tajuk mendakwa Shila sudah bercerai.

Advertisement
View this post on Instagram

“Paling teruk saya kena seminggu selepas berkahwin. Keluar tajuk mengatakan Shila Amzah sah bercerai, tetapi menggunakan gambar kami berdua.

“Apabila orang tekan pautan itu, sebenarnya artikel lama. Malangnya ramai terus mengecam di ruangan komen tanpa membaca isi kandungan terlebih dahulu.

“Ada pula komen seperti, ‘Aku dah cakap budak Ubai ini bodoh’ dan ‘Shila degil’. Mereka langsung tidak membaca artikel tersebut,” katanya menerusi audio siar miliknya, Ubai Sentral.

Ubai berkata, insiden itu benar-benar mengguris hati sehingga dia pada mulanya mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyebarkan fitnah berkenaan.

Namun, Shila menjadi individu yang menenangkan keadaan dan memintanya agar tidak mengikut emosi.

“Ketika itu memang saya mengikut perasaan. Rasa hendak saman sahaja.

“Tetapi isteri pujuk saya. Dia kata, ‘Tak mengapa sayang, biarkan sahaja.’

“Kata Shila, kalau perkara seperti ini berlaku, biarlah urusan mereka dengan Tuhan. Biar mereka sedar betapa sukarnya apabila masih mempunyai fitnah terhadap orang lain yang belum diselesaikan,” ujarnya.

Dalam masa sama, Ubai menegaskan dia tidak kisah jika dirinya menjadi sasaran kecaman, namun tidak akan berdiam diri sekiranya fitnah tersebut melibatkan isteri dan anak mereka.

Untuk rekod, Ubai dan Shila Amzah mendirikan rumah tangga pada 4 Ogos 2023 dan kini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Rhea Akira.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Zizi Kirana2026-07-06 10:25:19

Zizi Kirana Tak Menyesal Kahwin Dengan Yusuf Bahrin - "Saya Ambil Masa Setahun Untuk.."

The post “Seminggu Kahwin Terus Kena…”- Ubai MZ Jawab Dakwaan Bercerai Dengan Shila Amzah first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved