“Semoga Allah Beri Ruang Kau Taubat Sebesar-Besarnya” – Dipersoal Tujuan Tunai Umrah, Roslan Shah Anggap Diva AA Hina Islam

25 Feb 2023 • 10:26 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Kecewa dengan kata-kata yang dilontarkan oleh pengacara sensasi, Azwan Ali baru-baru ini, Roslan Shah menyifatkan tindaknnya persoalkan tujuan tunaikan umrah di Makkah sebagai penghinaan kepada agama Islam.

Menurut pengacara serta penyanyi tersebut, tindakan Azwan Ali atau mesra dikenali sebagai Diva AA itu bukannya membuat diri berasa marah tetapi lebih kepada sedih kerana agama Islam dihina.

image is not available

Roslan memberi respon terhadap ciapan yang dibuat oleh Diva AA, di mana dapat dilihat banyak kata-kata kesat serta kurang sopan dilontarkan oleh individu tersebut.

Dalam pada masa yang sama, Roslan berkata dia sama sekali tidak terkesan dengan tindakan Diva AA, namun ia boleh beri tanggapan buruk masyarakat terhadap Tanah Suci.

Seolah-olah boleh buat maksiat ketika beribadah. Tidakkah orang asing membacanya boleh menimbulkan salah faham.

Selain itu, pelakon terbabit turut sempat mendoakkan agar pengacara sensasi terbabit diberikan hidayah untuk bertaubat kembali ke jalan Allah.

image is not available 6 hari lalu

Lentok Kepala Di Bahu & Duduk Sebilik, Roslan Shah Dituduh Buat Maksiat Dengan Johan As’ari?