“Semoga Allah Beri You Kekuatan”, Puteri Sarah Terima Satu Lagi Mesej Mengatakan Syamsul Yusof Dan Ira Kazar Telah Bernikah 

Entertainment
21 Dec 2022 • 5:29 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Kemelut rumah tangga pasangan pelakon, Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof yang dikatakan hampir musnah disebabkan kehadiran orang ketiga dilihat masih lagi belum selesai.

Sebentar tadi kami melaporkan yang Puteri Sarah telah menimbulkan tanda tanya selepas memuat naik beberapa hantaran di Insta storynya yang seakan memberi bayangan bahawa telah berlaku sesuatu ‘perkara’ dalam perkahwinannya.

Difahamkan, sesuatu ‘perkara’ yang telah terjadi itu ialah perkahwinan di antara suaminya juga Ira Kazar.

Terbaru! Terdapat satu lagi Insta Story yang dibuat Puteri Sarah menunjukkan individu lain mesej perkara sama yang mengatakan kawan baiknya berkata bahawa Syamsul Yusof telah berkahwin dengan Ira Kaza menerusi DM.

Walau bagaimanapun, tidak dipastikan sama ada perkara itu benar ataupun tidak. Semoga kemelut rumah tangga kedua selebriti ini ada jalan penyelesaiannya.

Kredit: Instagram Puteri Sarah

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved