“Semoga Allah Gantikan Dengan Nikmat Yang Tak Disangka-Sangka Buatku Dan Anak-Anak” – Isteri Hafidz Roshdi

Entertainment
27 Feb 2023 • 2:20 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Isteri pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri mendapat simpati ramai orang apabila dia bukan sahaja dicurangi tetapi juga diceraikan selepas kecurangannya terbongkar.

Bagaimanapun, dia juga dipuji ramai selepas dilihat terus bangkit demi anak-anak dan sudah memulakan perniagaan atas talian, Satu Tak Cukup.

image is not available 16 jam lalu

Tak Tunggu Lama Untuk Bangkit, Shuhada Semangat Mulakan Perniagaan Atas Talian 'Satu Tak Cukup'

Bukan hanya perniagannya yang mendapat sokongan dan dorongan orang ramai tetapi menerusi Instagram story, Shuhada turut menyentuh hati netizen.

Semoga Allah gantikan dengan nikmat yang tidak disangka-sangka buatku dan anak-anak.”

Itulah yang ditulis Shuhada di Instagram untuk membalas kata-kata daripada sebuah buku tentang individu yang tepat akan memilih dan menyayangi pasangannya.

image is not available

Sekadar info, Hafidz daan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata bernama Humairah dan Umar.

Kecurangan Hafidz terbongkar selepas Shuhada memuat naik kenyataan panjang di Instagram mendedahkan tentang hubungan suaminya dan wanita bernama Athira Yuhada.