“Semoga Allah Jaga Hubungan Ini” – Siap Berpegangan Tangan, Netizen Puji Hubungan Adira Bersama Isteri Pertama

Entertainment
6 Mar 2023 • 2:09 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik oleh penyanyi, Adira Suhaimi setelah dia memaparkan kemesraan bersama madunya, Datin Seri Syarifah Nor Shafila atau mesra dikenali sebagai Datin Red.

Difahamkan, mereka berdua hadir ke sebuah majlis pertunjukan fesyen menampilkan anak sulung Datuk Red di atas pentas peragaan tersebut.

Setelah Adira memuat naik video bersama madu, Datin Red turut kelihatan memuat naik video mereka berpegangan tangan serta meluahkan rasa sayang terhadap penyanyi itu dan mendoakan agar hubungan mereka sentiasa dibawah lindungan Allah SWT.

Sudah semestinya perkongisaan video terbabit meraih perhatian yang cukup daripada kalangan netizen, di mana ramai berasa gembira melihat hubungan dua madu itu yang tenang.

Malah, netizen turut memuji Adira kerana sangat menghormati isteri pertama dan sedar statusnya sebagai isteri kedua Datuk Red.

image is not available

image is not available

Sekadar info, Adira telah mendirikan rumah tangga bersama seorang ahli perniagaan, Datuk Red sekitar tahun 2015 dan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Anggrek, Asan dan Anggun.

image is not available 3 bulan lalu

Didakwa Sudah Bercerai Dengan Datuk Red, Adira Bertegas - "Itu Fake Account, Jangan Tertipu"