
Sebelum ini, timbul dakwaan rumah tangga pelakon Irsa Hasmie dan suaminya, Redza Syah Azmeer goyah.
Namun, Irma tidak mengulas lanjut dakwaan itu dan berharap orang ramai mendoakan yang baik-baik.
Terbaru, Redza menerusi satu hantaran di Instagram berkongsi berita telah sah berkahwin dengan pilihan hatinya dikenali sebagai Nur Hafiza Mohd Salim.
Dalam foto itu, Redza bersama isteri baru sedondon memakai baju pengantin berwarna putih. Majlis itu turut dihadiri anak-anak dan ahli keluarga yang lain.

Tulisnya, kini dia telah memulakan ‘perjalanan’ baru dan fokusnya adalah kepada keluarga, kerjaya dan masa depan bersama.
Dia berterima kasih di atas doa orang ramai dan berharap Allah SWT memakbulkan doa-doa baik tersebut.
Redza juga berkongsi foto mengikat tali pertunangan dengan Hafiza yang mendapat restu kedua-dua keluarga.

Di ruangan komen, pelbagai reaksi yang ditinggalkan orang ramai. Ada yang mempersoalkan status Irma Hasmie adakah masih bersama atau pun sudah berpisah.
Kredit: Instagram Redza Syah Azmeer

