“Semoga Baby Dilahirkan Cukup Bulan & Sihat Sempurna..” – Marissa Dania Kini Hamil?

EntertainmentFamily & Parenting
9 Jul 2025 • 11:19 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sedia maklum, perkahwinan yang dibina oleh anak perempuan, Abby Abadi iaitu Marissa Dania bersama suami, Aslam menjadi perhatian ramai sebelum ini, susulan lelaki terbabit ketika itu berstatus suami wanita lain iaitu Umisya.

Namun begitu perkahwinan yang dibina sejak Disember 2023 itu masih belum dikurniakan cahaya mata lagi.

Marissa kini sedang hamil?

Melalui posting terbaru Marissa di Instagram, terdapat beberapa komen daripada netizen telah mencuri perhatian selepas pempengaruh tersebut didakwa kini sedang hamil.

image is not available

image is not available

Komen yang ditinggalkan seolah-olah mendoakan agar ‘baby’ yang dikandung Marissa kini lahir dengan sihat dan sempurna, memandangkan dirinya pernah mengalami keguguran sewaktu sedang hamil enam bulan, sebelum ini.

Posting terbaru di Instagram curi perhatian

Dalam hantaran yang dimuat naik, dilihat Marissa memakai baju dan tudung labuh berwarna putih.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Marissa Dania Hakim (@marissadania_)

Bagaimanapun, tuan empunya badan masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan bahawa dirinya kini sedang hamil ataupun tidak.

image is not available 2 months ago

"Jangan Tunjuk Sangat Senang Digula-Gulakan" - Marissa Perli Aslam & Umisya Hanya Berlakon Mesra?