
Seorang lelaki yang menjadi mangsa kutukan rakan sekerja tampil menceritakan kronologi yang berlaku. Menurut Irfan Ros, ketika kejadian dia sebenarnya masih belum berhenti kerja.
BACA: “Belajar Takat SPM Je, Berlagak!” – Jurujual Kereta Kantoi Mengata Bekas Officemate Dalam Live
Ketika dua wanita itu sedang membuat live di TikTok, dia berada di bilik khas yang menempatkan pekerja baru.
RAKAN KERJA MULUT PUAKA |
Allah maha kuasa tak sangka kebetulan tgah slide2 tt then termasuk live org yg tgh KUTUK aku. Aku jmpe dua ekor ni baru 2 minggu kerja then tk berkenalan lagi dah kene kutuk dalam live. pic.twitter.com/tYwo8cafLa
Sedar dirinya staf berlagak yang dimaksudkan, Irfan terus merakam sesi live itu dan menunjukkan kepada pihak pengurusan.
Selepas itu, Irfan menegur dua staf wanita itu dan mereka berbual seperti tiada apa yang berlaku.
Menurut Irfan lagi, dua individu dalam video viral ada menghubunginya untuk meminta maaf. Namun Irfan mengatakan cara mereka tidak ikhlas dan tidak beradab kerana masih menyelitkan Irfan bersikap sombong.
Irfan bagaimanapun memaafkan pelaku dan menasihatkan mereka supaya segera bertaubat dan tidak mengulangi perbuatan tersebut.
Kredit: TikTok @irfanros
