“Semoga Dipermudahkan Urusan” – Cincin Berlian Tersarung Manis Di Jari, Puteri Sarah Liyana Kini Milik Orang?

Entertainment
27 Dec 2023 • 1:15 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon Puteri Sarah Liyana sememangnya sering menjadi tumpuan warga maya apatah lagi semenjak dia kembali solo setelah bercerai dengan suami, pengarah Syamsul Yusof.

Terbaru, muncul pula desas desus yang mengatakan Puteri Sarah sudah pun dilamar oleh seseorang.

Ini berikutan tersarungnya cincin berlian di jari manis aktres itu sekaligus menjadi tumpuan peminat setelah dia memuat naik sebuah video mempromosikan produk tudungnya di Instagram.

Berbahagialah bukan hanya kerana segala sesuatunya baik, tetapi kerana kamu masih mampu melihat hal baik dari segala sesuatu yang ada.

Menjengah ke ruangan komen hantaran itu, ada yang berspekulasi bahawa cincin tersebut adalah pemberian pelakon Indonesia, Andi Arsyil.

Ada juga yang mendakwa cincin tersebut adalah hadiah daripada aktor itu kepada Puteri Sarah sempena hari jadinya pada 1 Disember lalu.

Difahamkan, Puteri Sarah kini sedang berada di Turkey bersama anak-anak dan ahli keluarganya untuk bercuti.

Dia sebelum ini ada terpalit dengan kontroversi mempunyai hubungan mesra dengan Andi Arsyil apabila kedua-duanya sering kelihatan bersama di media sosial.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 5 days ago

"Takkanlah Saya Nak Letak Kepala Di Bahu Bukan Mahram" - Puteri Sarah Buka Mulut Isu Kontroversi Menangis Bersama Andi Arsyil