“Semoga Engkau Tenang Di Sana…”, Brotherhood Kuat, Abang Rider Konvoi Iringi Sahabat Ke Pusara Terakhir

24 Sep 2022 • 4:46 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

“Semoga Engkau Tenang Di Sana…”, Brotherhood Kuat, Abang Rider Konvoi Iringi Sahabat Ke Pusara Terakhir

Sekumpulan penghantar makanan hadir mengeringi jenazah sahabat dan rakan seperjuangan mereka yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Melaka tempoh hari.

Menerusi laman TikTok milik Captain Pujaan yang juga merupakan salah seorang dari kumpulan penghantar makanan itu dilihat mengiringi van jenazah yang membawa sahabat seperjuangan mereka hingga ke tempat persinggahan terakhir beliau.

“Semoga kau tenang di sana sahabat, Muhammad Radzi Bin Ramdan. Sampai sini saja pertemuan kau bersama kami. Doa kami iringkan untuk kau wahai sahabat,” tulisnya di ruang kapsyen.

Menerusi video tersebut, diatas semangat brotherhood kuat antara geng-geng rider penghantar makanan, mereka bersama-sama menunggang motosikal yang digunakan untuk menghantar makanan mengiringi jenazah dari mula sehingga ke akhir proses pengebumian arwah sahabat mereka yang sama-sama berjuang mencari rezeki yang halal di atas jalan raya.

Semangat kesetian mereka mendapat perhatian orang ramai dan sehingga kini, video tersebut telah berjaya meraih 1.2 jutan tontonan. Bekerja sebagai penghantar makanan sememang akan berdepan dengan pelbagai risiko yang bahaya, walau bagaimanapun, perjuang mereka patut diberi penghargaan.

@captainpujaan

Semoga Engkau Tenang Disana Sahabat Muhammad Radzi Bin Ramdan. Sampai Sini Je Pertemuan Engkau Dengan Kami. Doa Kami Iringkan Untuk Kau Wahai Sahabat. #alfatihah #grabfoodmelaka #riderjalanan

♬ Salam Terakhir – Dato’ Sudirman

 

Komen netizen

Dalam pada itu, netizen turut mengucapkan takziah di ruangan komen dan bersimpati dengan tragedi yang menimpa mangsa kemalangan dan menitipkan doa kepada arwah.

“Arwah memang seorang yang baik…”

image is not available

“Pengorbanan seorang rider..”

image is not available

“Orang baik memang Allah sayang…”

image is not available

 

View Original Article