Pejam celik pejam celik, dah 6 bulan dah sejak Hyun-a dan Yong Jun-hyung berkahwin.
Terbaru pada 20 April, Hyun-a telah memuat naik beberapa gambar yang diambil bersama suaminya, Yong Jun-hyung, ketika mereka sedang bercuti di Amerika Syarikat.
Dalam foto yang dikongsi, pasangan suami isteri itu nampak bahagia bersama, sambil berciuman ketika mengambil gambar di hadapan cermin.
View this post on Instagram
Melihat ruangan komen, ramai juga yang turut berbahagia melihat mereka dengan menulis,
- Tengok Hyun-a gembira pun buat saya gembira juga.
- Semoga pasangan ini terus berkekalan.
- Saya bahagia untuk mereka berdua!
Sementara itu, Hyun-a akan membuat kemunculan semula dengan single baru berjudul “Mrs. Nail”, akan dikeluarkan pada 30 April ini.
Comel lah!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
The post “Semoga Kekal” – Dah 6 Bulan Berkahwin, Hyuna & Yong Junhyung Kongsi Foto Bahagia Bercuti Di Luar Negara first appeared on KimchiDaily.my.



