“Semoga Kutukan, Cercaan, Hinaan Bertukar Jadi Pahala”, Hantaran FB Ustaz Kazim Jadi Tumpuan Netizen

Politics
2 Nov 2022 • 2:21 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

“Semoga Kutukan, Cercaan, Hinaan Bertukar Jadi Pahala”, Hantaran FB Ustaz Kazim Jadi Tumpuan netizen

Nama penceramah popular, Dato’ Ustaz Kazim Elias (DUKE) tiba-tiba menjadi sebutan ramai sejak semalam apabila beliau diumumkan sebagai calon mewakili Barisan Nasional bagi Parlimen Larut (P.056) dalam PRU15 nanti.

Hari ini, nama berkenaan terus menjadi tumpuan selepas beliau memuat naik satu hantaran di facebook sebentar tadi. Penceramah tersebut memuat naik hantaran berkenaan kira-kira tiga jam yang lalu.

“Alhamdulillah. Semoga kutukan cercaan hinaan bertukar menjadi pahala. Terima kasih. Sayangilah pahala anda,” kata beliau dalam hantaran tersebut.

Beliau bagaimanapun tidak menyertakan keterangan lanjut berkenaan hantaran yang dimuat naik itu. Namun begitu, hantaran berkenaan pantas menjadi tular di media sosial dan menerima respon yang pelbagai daripada pengikutnya.

Setakat 2.15 tadi, hantaran berkenaan sudahpun mendapat lebih 33,000 tanda suka, 3,900 komen dan dikongsi lebih 368 kali.

 

Dalam pada itu, BERNAMA sebentar tadi turut berkongsi perkembangan semasa berkenaan status pencalonan penceramah popular tersebut.

DUKE difahamkan telah menarik dari daripada menjadi calon BN bagi Parlimen Larut dan Ketua Koordinator Komunikasi BN, Mohd Shafiq Fhadly Mahmud dinamakan sebagai penggantinya.