Semoga Mereka Memperoleh Haji Mabrur

14 Jun 2024 • 8:17 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Gambar TikTok

Seramai 31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak secara berperingkat ke Padang Arafah hari ini bagi menyertai umat Islam di seluruh dunia untuk berwukuf yang menjadi acara wajib haji.

Mereka bergerak bermula jam 7 pagi waktu Arab Saudi ke Arafah yang terletak kira-kira 22 kilometer dari Masjidil Haram.

Wukuf ialah rukun haji yang dilakukan dengan berada di padang Arafah mulai daripada tergelincirnya matahari (waktu zuhur) pada 9 Zulhijjah sehingga sebelum fajar pada 10 Zulhijjah.

Arafah tempat yang paling mustajab untuk jemaah haji berdoa.

Semoga ibadah para jemaah haji dipermudahkan dan didoakan semoga mereka memperoleh haji mabrur. – Getaran, 14 Jun, 2024

@getaranmy Semoga dipermudahkan segala urusan mereka. Video: Tabung Haji #getaranmy #haji1445h ♬ original sound - Getaran

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved