Sempadan Rafah kembali dibuka, 150 pesakit Gaza dibenar keluar ke Mesir

2 Feb 2026 • 5:46 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

ISTANBUL, 2 FEB: Sempadan Rafah di antara Mesir-Gaza kembali beroperasi secara rasmi pada Isnin, dengan 50 orang dijangka meninggalkan Gaza manakala 50 yang lain dijadualkan pulang, lapor Anadolu Ajansi yang memetik media tempatan.

Al-Qahera News melaporkan pada Isnin bahawa kumpulan pertama rakyat Palestin telah tiba di sempadan tersebut.

Pihak Palestin di sempadan Rafah mula beroperasi secara percubaan pada Ahad selepas ditutup sepenuhnya selama lebih 18 bulan disebabkan sekatan Israel.

Kira-kira 50 rakyat Palestin dijangka memasuki Gaza, manakala 150 pesakit serta pengiring mereka dijadualkan meninggalkan kawasan kepungan itu untuk mendapatkan rawatan perubatan di Mesir, menurut media Israel.

Pegawai kesihatan Gaza menganggarkan kira-kira 22,000 pesakit sedang menunggu sempadan itu dibuka semula sepenuhnya.

Israel telah mengawal bahagian Palestin di sempadan Rafah sejak Mei 2024, semasa kempen ketenteraannya di Gaza yang bermula pada Oktober 2023.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved