Sempat Kebas Tuala, Sharifah Zarina Kongsi ‘Maid’ Lari Rumah Tak Sampai Sehari Bekerja

7 Apr 2023 • 1:53 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Nasib baik sempat kebas tuala je

Sempat Kebas Tuala, Sharifah Zarina Kongsi ‘Maid’ Lari Rumah Tak Sampai Sehari Bekerja. Popular dengan lagu Langit Ketujuh, warga Sarawak pasti cukup mengenali Sharifah Zarina yang berasal dari Kuching Sarawak ini. Beliau merupakan salah seorang artis yang rajin berkongsi kisah kehidupannya di media sosial.

Tetapi, perkongsiannya kali telah mengejutkan netizen apabila beliau memaklumkan bahawa pembantu rumahnya yang baru saja bekerja melarikan diri dari kediamannya awal pagi tadi.

image is not available
Sempat Kebas Tuala, Sharifah Zarina Kongsi ‘Maid’ Lari Rumah Tak Sampai Sehari Bekerja. Kredit: Facebook

Tak sampai 24 bekerja pun!

Menerusi kemas kini terbaharu di laman Facebook, beliau berkata pembantu rumah yang merupakan seorang warganegara Indonesia itu telah melarikan diri kurang daripada tempoh 24 jam selepas diambil bekerja.

image is not available

Tindakan pembantu rumahnya yang melarikan diri telah terakam melalui CCTV dan dikongsi oleh beliau di laman sosial sehingga menjadi tular pada hari ini.

Namun, Sharifah Zarina reda dengan ujian tersebut

Namun begitu, Sharifah Zarina atau Sharifah Zarina Wan Hassan, 42, reda dengan kejadian itu dan tetap bersyukur kerana dia belum membuat pembayaran kepada agensi pekerja asing.

image is not available

Tambahnya, tujuan dia memuat naik perkongsian tersebut adalah sebagai peringatan buat orang ramai agar lebih berhati-hati sekiranya mengambil pembantu rumah berkenaan.

Baca lagi artikel terkini: