Sempat Minta Maaf Atas Segala Kekurangan, Ucapan Aliff Aziz Untuk Ruhainies Undang Perhatian

Entertainment
28 Jul 2024 • 1:29 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Meskipun masih terpalit dengan kontroversi, pelakon sensasi, Aliff Aziz dan Ruhainies dilihat masih mengekalkan hubungan baik.

Menerusi hantaran Instagram aktor itu, dia sempat membuat ucapan untuk Ruhainies sempena hari lahirnya dan sempat meminta maaf atas kekurangan diri berhubung perkara yang telah berlaku.

Ucapan dari Aliff Aziz buat aktres itu telah mengundang banyak perhatian dari kalangan netizen.

Selamat hari lahir kepada awak dan semoga awak dikurniakan kelimpahan dan kebahagiaan pada hari istimewa awak.

Walau apa pun, semoga Dia memberi awak keberkatan diatas setiap kebaikan yang telah dilakukan dan maafkan saya serta kami semua diatas kekutangan yang berlaku. Amin.

image is not available

Lebih istimewa lagi, Aliff telah menggunakan gambar mereka berdua di set pengambaran untuk ucapan hari jadi aktres itu.

Bukan tu jer, pelakon itu turut menyertakan emoji bunga mawar layu serta seekor burung merpati di sebelah nama akaun Ruhainies yang membuatkan netizen tertanya-tanya.

Terdahulu, Ruhainies telah menyambut hari lahirnya dengan menganjurkan majlis bacaan yasin bersama anak-anak yatim.

Wah sweetnya baca ucapan Aliff Aziz buat Ruhainies ni. Korang yang single tu janganlah cemburu ye. Hihi.

image is not available

Jap!