“Sempat Video Call Tengah Panik Berlari, Minta Tolong Selamatkan” – Lelaki Hilang Lepas COD iPhone Dekat ‘Customer’

Entertainment
6 Oct 2023 • 2:48 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seorang lelaki dikhuatiri hilang selepas tidak dapat dihubungi oleh ahli keluarga dan kali terakhir dapat berhubung, dia sempat membuat panggilan video dengan tunangnya.

Perkongsian seorang wanita yang merupakan ibu saudaranya mendedahkan ketika membuat panggilan itu, dia sedang berlari dalam keadaan panik dan meminta agar diselamatkan.

Bagaimanapun, panggilan itu terputus gara-gara telefon pintar lelaki bernama Muhammad Daniel Haikal itu kehabisan bateri.

image is not available

Dia sempat memberitahu tunangnya lokasinya ketika itu dan mengikut rekod, lokasi terakhir telefon pintar iPhone 11 Pro Max itu berada di Georgetown, Pulau Pinang.

Mengikut cerita keluarga, Daniel Haikal telah pergi berjumpa dengan pelanggannya itu untuk menghantar iPhone dan difahamkan ia merupakan urusan cash on delivery (COD).

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Eyraswan Ramadhan (@lameraheyra)

Setakat artikel ini ditulis, pihak keluarga telah pun membuat laporan polis dan berjumpa dengan pegawai penyiasat dan mereka meminta tolong orang ramai untuk menyebarkan berita kehilangan Daniel Haikal.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 3 months ago

"Main-Main Saya B*nuh Anak Kamu" - Scammer Guna Taktik Baru, Gertak Culik & Minta Wang Tebusan