Sempena 68 Tahun Merdeka, QL Eggs Mencatat Rekod Dengan Memecah 6,800 biji Telur QL

LocalFood
22 Aug 2025 • 1:59 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kuala Lumpur: QL Eggs meraikan sambutan kemerdekaan ke-68 dengan memecahkan rekod 6,800 biji telur di Karnival QL Eggs Breakathon. Acara ini menyatukan rakyat Malaysia daripada pelbagai lapisan masyarakat untuk menyaksikan detik bersejarah, sambil menambah kebaikan nutrisi emas ke dalam nasi lemak kegemaran ramai yang disediakan oleh Chan Mari Chan.

Bertempat di Padang Bola Sepak The Campus, Ampang, pencapaian ini diiktiraf oleh Malaysia Book of Records, sekaligus mengukuhkan kedudukan QL Eggs sebagai peneraju inovasi dalam membawakan pemakanan berkualiti kepada rakyat Malaysia.

QL Eggs yakin bahawa amalan pemakanan sihat seharusnya dinikmati oleh semua rakyat Malaysia, bukan sahaja melalui sumber protein yang mudah didapati, malah menerusi nutrisi yang seimbang dan menyeluruh bagi mengekalkan kesihatan dan kecergasan.

Melalui operasi Integrated Livestock Farming yang merangkumi perolehan bahan mentah makanan ternakan, pengilangan makanan ternakan, dan penternakan ayam, QL Eggs memastikan setiap peringkat pengeluaran memenuhi piawaian tertinggi. Dengan kemudahan rumah tertutup moden yang dilengkapi sistem kawalan persekitaran dan langkah biosekuriti yang ketat, QL Eggs mengekalkan kualiti produk tanpa kompromi sambil memastikan telur kekal sebagai salah satu sumber protein penting untuk rakyat Malaysia. QL Eggs turut bekerjasama dengan institusi seperti Fakulti Pertanian UPM dalam penyelidikan dan pembangunan penternakan moden, bagi memastikan pengeluaran telur yang konsisten, selamat, dan bernilai tinggi dari segi khasiat.

Seiring semangat inovasi ini, QL Eggs juga memperkenalkan telur Brain+, iaitu telur dengan kandungan DHA bersamaan lapan gelas susu, serta Kolin untuk menyokong tumpuan, daya ingatan, dan perkembangan otak, demi melahirkan generasi yang lebih bijak dan sihat.

Ayam ternakan QL diberi diet premium termasuk probiotik dan enzim, menghasilkan telur yang diperkaya dengan Gold Class NUTRITM, gabungan Vitamin A, B12, D, E, iodin, selenium dan protein berkualiti tinggi memberikan khasiat yang lengkap untuk diet harian rakyat Malaysia.

“Daripada bahan asas yang biasa, kami terus berinovasi dalam nutrisi pemakanan dan berusaha meningkatkan manfaatnya, inilah yang kami maksudkan dengan ‘Breakthrough Goodness’,” kata Encik Chia Song Kooi, Group CEO QL Resources Berhad. “Karnival Breakathon bukan sekadar sambutan, malah menjadi peringatan bahawa setiap kali rakyat Malaysia memecahkan telur, mereka akan teringat kepada QL Eggs dan sekaligus yakin dengan kualiti yang konsisten, khasiat yang diyakini, serta keprihatinan tulus kami.”Komitmen QL Eggs tetap utuh untuk memperkasa rakyat Malaysia melalui inisiatif yang menginspirasi, memberi kekuatan, dan membantu setiap individu menyerlah di setiap peringkat kehidupan.

5 tarikan EGG-stra BreakathonEGG-stra BIG Hadiah (cabutan bertuah)Hanya dengan pembelian 2 pek 15’s QL Eggs, pengunjung berpeluang memenangi Golden Egg bernilai RM11,390*. (*Nilai emas berdasarkan harga pada 29 Julai 2025.), bekalan QL Eggs untuk setahun atau setengah tahunEGG-stra BIG Hadiah PercumaRakam detik menarik anda di Breakathon dan muat naik ke media sosial untuk mendapatkan QL Eggs secara percumaNikmati nasi lemak percuma yang dimasak khas oleh Chan Mari Chan dengan QL EggsSertai mini game di pentas untuk memenangi QL EggsEGG-stra BIG Barisan SelebritiSesi bertemu peminat bersama pasangan beregu badminton negara, Goh Sze Fei & Nur IzzuddinChef selebriti Datuk Fazley Yaakob memasak Creamy Egg Sambal, Abe Yong menyediakan Benjo SpecialPinnyang & Jason Jezi mengacarakan siaran langsung TikTok jualan telurEGG-stra BIG SurprisesPatung Blind Box QL Eggs edisi terhad EGG-stra BIG Lifesized EggMerekodkan kenangan di telur matahari gergasi (Sunny Side Up)
View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved