Sempena Aidiladha, jualan murah mega di enam lokasi pada Selasa, Rabu

31 May 2025 • 10:30 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 31 MEI: Jualan Ehsan Rahmah (JER) mega sempena Aidiladha anjuran Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) berlangsung di enam lokasi pada Selasa dan Rabu ini.

Inisiatif jualan murah untuk meringankan beban menyambut perayaan menawarkan ayam seekor (RM12), daging pejal (RM10/pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6/pek), minyak masak dua kg (RM10) dan beras lima kg (RM13).

Inisiatif jualan murah itu turut menawarkan produk baharu iaitu tepung (RM2), sardin (RM5.50), bihun (RM2.50), biskut jagung (RM3), sabun cuci baju (RM16.00) dan lampin bayi pakai buang (RM12).

Berikut lokasi JER mega pada 3 dan 4 Jun ini:

image is not available

image is not available

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS.