Sempena Aidilfitri, jualan murah mega di 18 lokasi mulai hari ini hingga Jumaat

25 Mar 2025 • 8:00 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 25 MAC: Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) menganjurkan Jualan Ehsan Rahmah (JER) mega sempena Aidilfitri selama empat hari bermula hari ini.

Bermula 9 pagi, orang ramai berpeluang membeli ayam seekor (RM12), daging pejal (RM10/pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6/pek), minyak masak dua kg (RM10) dan beras lima kg (RM13).

Inisiatif jualan murah itu turut menawarkan produk baharu iaitu tepung (RM2), sardin (RM5.50), bihun (RM2.50), biskut jagung (RM3), sabun cuci baju (RM16.00) dan lampin bayi pakai buang (RM12).

Berikut lokasi JER mega yang diadakan dari 25 hingga 28 Mac:

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS.