Sempena Cuti Sekolah, Ini 5 Aktiviti Menarik Ditawarkan Oleh VH Green Nature Park Matang

20 Dec 2022 • 5:55 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Lokasi riadah terbaik bersama anak-anak musim cuti sekolah ini

Sempena Cuti Sekolah, Ini 5 Aktiviti Menarik Ditawarkan Oleh VH Green Nature Park Matang. Memandangkan cuti sekolah tengah berlangsung, mungkin ada di antara ibu bapa yang masih tercari-cari tempat menarik di sekitar Kuching untuk dikunjungi bersama anak-anak.

Apa kata anda ke VH Green Nature Park yang terletak di Jalan FAC, Matang. VH Green Nature Park ini merupakan sebuah taman luar yang memberikan pengalaman landskap serta flora dan fauna yang unik buat pengunjung.

image is not available
Sempena Cuti Sekolah, Ini 5 Aktiviti Menarik Ditawarkan Oleh VH Green Nature Park Matang. Kredit: VH Green Nature Park

Destinasi ini juga sesuai untuk kanak-kanak belajar tentang hidupan alam semula jadi seperti haiwan-haiwan darat dan laut, burung sekaligus menjadi taman permainan semulajadi yang selamat dan menyeronokkan.

VH Green Nature Park ini mengutamakan pembelajaran sebagai tarikan utama pelawat dan menjadikannya sesuai untuk anda membawa anak-anak anda mempelajari sesuatu semasa cuti sekolah.

Sepanjang cuti sekolah ini, VH Green Nature Park Matang ini menawarkan pelbagai aktiviti menarik. Antaranya ialah:

  1. Pertunjukkan Burung (Bird Show)

Sekiranya anda suka melihat gelagat comel burung, ikuti aktiviti pertunjukkan burung ataupun bird show di sini.

image is not available

‘Bird Show’ ini berlangsung sebanyak 3 sesi iaitu pada jam 9 pagi, 2:30 dan 3:30 petang.

Menariknya aktiviti pertunjukkan burung ini, kanak-kanak yang hadir dibenarkan untuk turut serta menjayakan ‘bird show’ ini bagi memberi mereka merasai pengalaman berharga di sini.

image is not available

2. Horse Riding

VH Green Nature Park ini juga turut menawarkan aktiviti menunggang kuda kepada pengunjung. Sekiranya anda berminat untuk merasai pengalaman menunggang kuda, anda akan diajar oleh individu yang berpengalaman di sini.

image is not available

Pengunjung hanya dikenakan bayaran sebanyak RM 10 sahaja untuk aktiviti menunggang kuda ini. Pasti anda akan teruja diberi peluang untuk menunggang kuda kerana di tempat lain sekitar Kuching mungkin anda tidak akan diberi peluang untuk merasai pengalaman ‘horse riding’ ini.

3. Petting Animal

Jika anda pecinta haiwan, lokasi ini sangat sesuai untuk anda kerana anda akan ditawarkan aktiviti seperti ‘petting animal’.

Di sini anda akan didedahkan dengan pelbagai haiwan-haiwan ternakan dan haiwan eksotik yang dijaga baik oleh pihak VH Green Nature Park ini.

image is not available

Anda bukan sahaja dapat melihat, malah anda dapat bergambar, memberi makan dan memegang dengan jarak dekat. Yang penting kesemua haiwan ini memang jinak, mesra dan selamat untuk kanak-kanak.

4. Melawat ke kebun sayur

Selari dengan konsep beriadah sambil belajar, anda juga turut ditawarkan aktiviti melawat ke kebun sayur. Disini, pengunjung terutamanya kanak-kanak akan didedahkan dan diajar mengenali pelbagai jenis sayur-sayuran yang ditanam di sini.

image is not available

5. Mengenali pelbagai tumbuhan herba

Bukan itu sahaja, di sini juga terdapat kebun herba dan pengunjung berpeluang mengenali aneka jenis herba-herba unik yang ditanam oleh pihak VH Green Park Nature ini.

image is not available

Waktu dan hari operasi

Oleh itu, sekiranya ada berminat untuk datang ke sini, anda digalakkan untuk membeli tiket secara dalam talian di laman sesawang ticket2u.com bagi mendapatkan harga diskaun.

image is not available
Senarai harga bayaran masuk

Alamat: Lot 1275, Block 6, Matang Land District, 93050 Kuching, Sarawak (Jalan FAC)
Waktu operasi: Sabtu, Ahad dan Cuti Umum (Cuti sekolah buka sepanjang minggu termasuk Sabtu Ahad) | 9 pagi hingga 4.30 petang
Facebook: VH Green Nature Park Official