Sempena Deepavali, MPK kongsi keceriaan bersama golongan memerlukan

17 Nov 2023 • 6:23 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

KLANG, 17 NOV: Majlis Perbandaran Klang (MPK) meraikan 200 tetamu terdiri dalam kalangan golongan memerlukan sempena Majlis Mesra Deepavali di Dewan Hamzah, di sini hari ini.

Yang Dipertua MPK Noraini Roslan berkata program tersebut antara cara pihaknya mendekati masyarakat serta membantu golongan warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan kanak-kanak.

“Kemeriahan dan keriangan perayaan Deepavali menjadi lebih bermakna apabila dikongsi dengan mereka yang memerlukan.

“Menjadi harapan besar agar sambutan perayaan seperti ini akan membuka ruang luas untuk MPK memupuk nilai keprihatinan dan saling menghormati tanpa mengira bangsa.

“Saya yakin perayaan seperti ini akan disambut dengan penuh semangat muhibah kerana secara langsung ia dapat memupuk persahabatan dan keharmonian lebih kukuh lagi dalam kalangan warga kerja majlis dan orang awam,” katanya.

Pada majlis sama, Noraini turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada 100 penerima terdiri dalam kalangan golongan memerlukan sekitar 23 zon Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) di bawah pentadbiran MPK.

image is not available
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK) Noraini Roslan menyampaikan sumbangan kepada golongan memerlukan sempena Majlis Mesra Deepavali bersama MPK di Dewan Hamzah, Klang pada 17 November 2023. Foto NAS NORZIELA NASBAH/SELANGORKINI

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved