Sempena hari lahir isteri, Fattah Amin kirim sejambak bunga buat Fazura

LocalEntertainment
27 Sep 2024 • 11:44 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Fattah Amin kirim sejambak bunga

Pelakon Fattah Amin kirim sejambak bunga bersempena ulang tahun kelahiran isterinya, Nur Fazura yang ke-40 tahun telah berjaya tarik perhatian umum.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin di IG-Storynya, dia telah menerima hadiah tersebut beserta sebuah kad ucapan romantik daripada suaminya.

Fattah Amin kirim sejambak bunga

image is not available

“Selamat hari lahir mommy, daddy doakan di hari kelahiran mommy sentiasa happy, dimurahkan rezeki, diberi perlindungan, kebahagiaan dunia dan akhirat selamanya,” doa Fattah buat Fazura.

Terdahulu, aktor Fattah Amin enggan untuk menceraikan isterinya ketika sebutan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling.

Bagaimanapun, mahkamah menetapkan 7 Oktober depan untuk perbicaraan yang selanjutnya.

Sekadar info, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.

Fattah Amin kirim sejambak bunga

image is not available

Sumber: Instagram @Nur Fazura

View Original Article