Sempena Hari Terakhir Sekolah, Suami Isteri Hadiahkan Kasut Jenama Mahal Buat Rakan Sekelas Anak

LocalFamily & Parenting
22 Jan 2025 • 1:28 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, tular video di platform TikTok memaparkan momen seorang guru berdiri bersama seorang murid membuat pengumumam meminta anak-anak muridnya yang ada turut bersama di dalam kelas untuk mengambil hadiah kasut di hadapan kelas.

Hadiahkan kasut untuk satu kelas

Difahamkan, wanita yang bernama Azra bersama suaminya telah menghadiahkan setiap seorang rakan sekelas anaknya sepasang kasut berjenama mahal.

Menurut Azra, ia merupakan hadiah sempena menyambut hari terakhir sekolah, sebelum mereka cuti panjang selama empat minggu.

Sempena hari terakhir sekolah

Walaupun tidak ramai yang hadir pada hari terakhir sekolah itu, tetapi pengguna TikTok berkenaan meluahkan rasa syukur kerana dapat berkongsi rezeki dengan rakan sekelas anaknya itu.

Susulan perkongsian itu telah tular di platform berkenaan, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dengan hadiah yang diberikan oleh pasangan itu serta mendoakan agar rezeki mereka tidak putus-putus kerana tidak kedekut untuk berkongsi rezeki dengan orang lain.

 

image is not available

image is not available

image is not available 1 week ago

Syarikat ‘Gaming’ Korea Ini Hadiahkan Setiap Pekerja PS5 Pro & Bonus Tambahan Untuk Hargai Kerja Keras