KUALA SELANGOR, 21 SEPT: Seramai 2,555 graduan Universiti Selangor (Unisel) dirai pada istiadat konvokesyen ke-18 yang berlangsung pada hari ini dan esok.
Berlangsung di Dewan Canselor Unisel kampus Bestari Jaya, seramai 1,138 graduan bakal menerima ijazah sarjana muda, 965 (diploma), 394 (tahun asas), 31 (ijazah sarjana) dan 27 (kedoktoran).
Istiadat konvokesyen sidang pertama pada tahun ini disempurnakan Canselor Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad Alhaj Raja Tun Uda Alhaj.
Turut hadir Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari yang juga Pengerusi Ali Lembaga Pengarah Unisel dan Naib Canselor Unisel Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman.

Menerusi istiadat kali ini, Wan Amirul Iman Wan Rosdin, graduan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) menerima Anugerah Canselor manakala Anugerah Pengerusi diberi kepada Evva Kumala Mohd Yahaya, graduan Ijazah Sarjana Muda Psikologi Industri (Kepujian).
Gaduan Diploma Pengurusan Industri Sukan Fatin Rafiqah Tarmizi dan Graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Bioperubatan (Kepujian) masing-masing menerima Anugerah Naib Canselor dan Anugerah EXCO Pendidikan.
Pada istiadat kali ini juga, seramai 36 graduan menerima Anugerah Pelajar Terbaik Program dan lima lagi graduan merangkul Anugerah Pelajar Terbaik Fakulti.


The post Sempena istiadat konvokesyen Unisel ke-18, seramai 2,555 graduan dirai appeared first on Selangorkini.

