Sempena Sambutan 60 Tahun Merdeka, Kerajaan Sarawak Sediakan Bas Shuttle Percuma Ke Padang Merdeka

17 Jul 2023 • 11:43 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Beberapa jalan di sekitar Kuching akan ditutup untuk penyediaan Sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka

Sempena Sambutan 60 Tahun Merdeka, Kerajaan Sarawak Sediakan Bas Shuttle Percuma Ke Padang Merdeka. Memandangkan sambutan 60 tahun Sarawak Merdeka bakal diadakan pada hujung minggu ini, anda tidak perlu risau untuk jalan jauh ke Padang Merdeka.

Kerajaan Sarawak telah mengambil inisiatif untuk menyediakan perkhidmatan pengangkutan bas hidrogen secara PERCUMA kepada orang awam untuk menyertai dan menyaksikan Sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka yang akan diadakan di Padang Merdeka.

image is not available
Sempena Sambutan 60 Tahun Merdeka, Kerajaan Sarawak Sediakan Bas Shuttle Percuma Ke Padang Merdeka

Anda boleh parking di sekitar Haji Taha, kemudian naik bas shuttle tersebut

Lokasi pengambilan penumpang akan berada di Jalan Haji Taha dan penurunan di Klinik Kesihatan Jalan Masjid, Kuching (PoliKlinik).

Berikut adalah jadual waktu untuk perkhidmatan bas shuttle tersebut:

20 Julai 2023 (Khamis):

  • Raptai Penuh Sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka (6.00 pagi hingga 8.00 pagi)

22 Julai 2023 (Sabtu):

  • Hari Sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka (6.00 pagi hingga 7.45 pagi)
  • Malam Konsert Rakyat Dan Pertunjukan Bunga Api (6.00 petang hingga 8.00 malam)

image is not available
Kredit: FB Plaza Merdeka

image is not available

Bas shuttle ini akan beroperasi pada waktu yang telah ditetapkan, dan tempat penjemputan dan penurunan yang strategik di Jalan Haji Taha dan Klinik Kesihatan Jalan Masjid membolehkan penumpang dengan mudah mengakses perkhidmatan ini.

image is not available

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di pautan bawah: