Sempena Sambutan Raya Aidilfitri, Kadar Tambang Bas Ekspres Ekonomi Naik 10 Peratus

14 Mar 2024 • 10:19 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sempena sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri yang bakal disambut tidak lama lagi, kadar tambang bas ekspres ekonomi difahamkan naik sebanyak 10 peratus pada tahun ini.

Menurut Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), kenaikan kadar tambang tersebut bermula pada bulan hadapan iaitu dari tempoh 4 April hingga 17 April.

Ini bagi memastikan perkhidmatan bas ekspes mencukupi dan dapat menampung peningkatan penumpang yang pulang ke kampung sempena musim perayaan.

image is not available

Dalam pada itu, APAD memaklumkan Jemaah Menteri turut sudah meluluskan surcaj musim perayaan sebanyak RM0.009 sekilometer iaitu kenaikan 10 peratus dan pelaksanaan surcaj itu akan meningkatkan kadar tambang bas ekspres kategori itu kepada RM0.102 sekilometer, berbanding kadar tambang biasa yang hanya sebenayk RM0.093.

Tambahan lagi, APAD juga menyeru agar pengendali sentiasa memberikan perkhidmatan yang berkualiti, menepati jadual tambang dan jadual perjalanan, menjamin keselamatan penumpang dan memastikan pemandu bas sentiasa patuhi peraturan yang sudah dikuatkuasa.

image is not available 1 day ago

"Maaf Kami Terpaksa Boikot.." - Peniaga Dakwa Kos Bahan Mentah Mahal Punca Kenaikan Harga, Netizen Pakat Boikot Bazar Ramadan