Sempena ulang tahun ke-15 & Awal Muharam, Siti Khadijah anjur program Berkah Asyura

14 Jul 2024 • 4:03 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

MERAIKAN sambutan awal Muharam, jenama pengeluar kelengkapan pakaian ibadah, Siti Khadijah baru-baru ini menganjurkan Program Berkah Asyura

Program buat julung-julung kali itu dilakukan secara bergotong royong memasak dengan Kerjasama Masjid Al Hasanah Bangi dan selebriti.

image is not available

Ketua Pegawai Komersial Kumpulan Siti Khadijah, Mohammad Muhaimin Aminuddin Ketika ditemui SinarPlus berkata, program berkenaan membabitkan lebih kurang 20 kakitangan syarikat tersebut.

image is not available

Turut hadir memeriahkan program adalah pelakon Shamsul Ghau Ghau, Anas Tahir, Dai Izzhar Nazri dan Imam Muda Asyraf.

“Bersempena sambutan ulang tahun Siti Khadijah yang kelima belas tahun, kami bekerjasama dengan pihak masjid menyantuni komuniti setempat di Bangi dengan mengedarkan bubur asyura secara percuma” katanya.

image is not available

Jelasnya lagi, persiapan dan penyediaan memasak empat kawah bubur bermula jam 8 pagi dan agihan sebanyak 500 bekas akan dilakukan secara pandu lalu.

“Untuk program pertama ini kami memilih Masjid Al Hasanah Bangi kerana mengambil simbolik butik pertama yang dibuka pada tahun 2010 di sini dan Insya-ALLAH, program sebegini akan diteruskan setiap tahun di masjid-masjid lain pula.

image is not available

“Menerusi aktiviti sebegini, mampu mendidik kita lebih dekat dengan masyarakat disamping membawa jenama Siti Khadijah tetap dihati orang ramai.

“Bubur Asyura itu sendiri mempunyai pengajaran tersendiri yang mungkin semakin dilupakan, jadi inilah inisiatif kita untuk menghidupkan kembali budaya bergotong royong” tambahnya lagi.

image is not available

Muhaimin berkata, Siti Khadijah juga bakal memeriahkan lagi sambutan Keretapi Sarong 2024 pada September nanti dan beberapa perancangan lain yang sedang diteliti.