Sempena Ulang Tahun Ke-65, Mydin Tunku Vista Adakan Promosi Istimewa Buat Pelanggan

19 Aug 2022 • 1:14 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Promosi bermula 19 Ogos sehingga 21 Ogos.

Sempena Ulang Tahun Ke-65, Mydin Tunku Vista Adakan Promosi Istimewa Buat Pelanggan. Dipetik dari Utusan Borneo, Pasar raya besar MYDIN Tunku Vista, Petra Jaya kini mengadakan promosi istimewa buat para pelanggan bermula pada hari ini sehingga 21 Ogos bagi pelanggan yang memiliki kad ahli MYDIN.

Dengan harga barang-barangan yang semakin meningkat, MYDIN ingin mengambil inisiatif membantu rakyat untuk mengurangkan beban mereka.

image is not available
Sempena Ulang Tahun Ke-65, Mydin Tunku Vista Adakan Promosi Istimewa Buat Pelanggan

image is not available

Harga dibuat berdasarkan trend pasaran tempatan

Menurut Pembeli Kategori bagi Bahagian Perdagangan pembarangan (Bukan Makanan dan & FMCG) MYDIN Malaysia Timur Anselm Sari Salippino, terdapat banyak barangan yang akan dijual pada harga istimewa sepanjang promosi ini dengan harga dibuat berdasarkan trend pasaran tempatan.

Dalam masa yang sama MYDIN juga turut melancarkan kad Meriah MYDIN terkini dengan reka bentuk serta wajah baharu sempena ulang tahun MYDIN ke-65.

Ingin fokus kepada harga ahli untuk semua tanpa mengira latar belakang, pihak MYDIN juga turut berkata bahawa mereka sedia maklum dengan kos sara hidup yang meningkat ini.

image is not available

image is not available

Mi kuning dengan harga RM0.65 sahaja

Di samping itu, menurut Ketua Cawangan 1 MYDIN Elappan Balakrisnan , MYDIN Tunku Vista juga menawarkan promosi Boost dan Shoppe untuk kad keahlian MYDIN.

Salah satu contoh promosi bagi para pelanggan ahli adalah anda boleh membeli mi kuning dengan harga RM0.65 sahaja (terhad 2 untuk 1 pelanggan sahaja).

Selepas tamat promosi istimewa ini, MYDIN berkata mereka akan tetap menyambung promosi berterusan bagi barangan lain pula. Jadi anda jangan risau, MYDIN sentiasa menjanjikan para pelanggannya barangan dengan harga yang berpatutan.

Dah tengah bulan, mari ketahui cara simpan duit untuk masa depan di sini: