Sempoi Habis! Gadis Dilamar Di Kedai Makan, Bakal Kakak Ipar Sempat Titip ‘Nasihat’ [Video]

13 Jul 2023 • 3:03 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Dalam masyarakat Melayu, lazimnya sebelum majlis perkahwinan dilaksanakan, akan berlaku beberapa proses antaranya proses merisik, melamar sebelum pertunangan dilangsungkan.

Kebiasaannya, dalam tempoh ini, pasangan akan berkenalan dengan keluarga masing-masing dan tempat yang menjadi pilihan utama tentunya di rumah keluarga pasangan.

Merisik Di Kedai Makan, Siap Kena ‘Sound’ Dengan Bakal Kakak Ipar

Namun, lain pula dengan seorang gadis ini yang hanya dilamar di kedai makan oleh keluarga pihak lelaki.

Menerusi perkongsian yang dibuat oleh kakak kepada bakal suami gadis berkenaan di akaun TikTok @aidadaud7, kelihatan bapa dan ibu pihak perempuan turut sama berada di kedai makan tersebut.

Menerusi video itu juga, upacara menyarung cincin dilakukan oleh Aida yang juga kakak sulung kepada lelaki berkenaan.

Apa yang menarik perhatian adalah suasana majlis yang santai dan mudah tanpa perlu melibatkan banyak pihak serta menelan belanja yang tinggi.

Lebih mencuri tumpuan, ketika acara menyarung cincin, kelihatan bakal kakak ipar gadis berkenaan sempat menitipkan pesanan ‘keras’ kepada gadis itu.

“Kahwin elok-elok, gaduh aku rembat kau,” kata bakal kakak ipar secara berseloroh sambil menyarungkan cincin ke jari manis gadis berkenaan.

@aidadaud7

Alhamdulillah.. Settle tugasan Kaklong lamar bakal isteri untuk adik kita.. Siap sound lg hehe #cikguaida #proposalvideo #kahwin #lamaran

♬ original sound – Cikgu Aida – Cikgu Aida

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan kedua-dua belah keluarga baik pihak lelaki atau perempuan kerana memudahkan urusan dalam menuju ke alam perkahwinan.

Malah, ada warganet yang turut mendoakan agar urusan seterusnya dipermudahkan buat kedua-dua belah pihak. Tidak kurang juga ada yang kagum dengan keakraban kedua-dua keluarga ini.

Berikut antara komen warganet:

Bestnya Macam Ni Simple Ja

image is not available

image is not available

Emak Ayah Belah Perempuan Baik Sangat

image is not available

image is not available

Mudah, Simple & Jimat

image is not available

Seronoknya Family Macam Ni

image is not available

image is not available

Baca Artikel Berkaitan:

Source: