Sempoi Posing Depan DUN, Perkongsian Bell Ngasri Curi Tumpuan Netizen Sarawak

15 Mar 2023 • 4:21 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

‘Kamek ingat kamek model tek’

Sempoi Posing Depan DUN, Perkongsian Bell Ngasri Curi Tumpuan Netizen Sarawak. Bell Ngasri, pelakon dan pelawak Malaysia yang terkenal dengan gelaran “Barkoba” kerap memeriahkan layar perak dengan pelbagai aksi lucu dalam filem-filem tempatan. Namun, baru-baru ini beliau telah membuat peminatnya teruja apabila beliau berkunjung ke negeri Sarawak.

Kunjungan Bell Ngasri ke negeri Sarawak turut disambut meriah oleh penduduk tempatan. Terdapat beberapa keping gambar yang dimuat naik di media sosial menunjukkan beliau berposing di atas Jambatan Darul Hana, dengan berlatar belakangkan Dewan Undangan Negeri Sarawak. Perkongsian tersebut telah meraih perhatian ramai, terutama daripada warga Sarawak yang bangga dengan keindahan negeri mereka.

image is not available
Sempoi Posing Depan DUN, Perkongsian Bell Ngasri Curi Tumpuan Netizen Sarawak. Kredit: Bell Ngasri

Peminat teruja sambut kehadiran ‘Barkoba’ di Bumi Kenyalang

Seperti pelancong lain, beliau juga tidak melepaskan peluang keemasan itu untuk bergambar di dua mercu tanda ikonik itu sebagai kenang-kenangan.

Perkongsian tersebut telah menjadi tular di media sosial dan memperoleh respons yang positif daripada netizen. Banyak yang teruja dengan kunjungan Bell Ngasri ke negeri Sarawak dan mengucapkan selamat datang kepada beliau. Beberapa netizen juga mengambil kesempatan untuk memberi panduan mengenai tempat-tempat menarik yang boleh dilawati di Sarawak.

image is not available

Kapsyennya juga mendapat perhatian warga Sarawak kerana beliau cuba menulis dalam bahasa Melayu Sarawak. Menurutnya, beliau terasa seperti model apabila berposing di atas jambatan ikonik itu.

image is not available

Lihatlah keterujaan peminatnya di Sarawak

Setelah meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen menyambut baik kedatangan beliau ke Sarawak.

Terbaiklah!

image is not available

image is not available

image is not available

Baca lagi artikel menarik: